1) Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi Sumber: naturallylangkawi.my Rugi hang pa tak cuba parasailing kat sini. Ada dua lokasi, satu di Pantai Cenang, satu lagi di Pantai Tanjung Rhu. Tapi nak view lagi cantik, pergilah parasailing di Pantai Tanjung Rhu. 2) Berbasikal ‘tua’ di sekitar Padang Matsirat Sumber: naturallylangkawi.my Feeling-feeling hidup di zaman dulu-dulu dengan sewa basikal tua di Kampung Bohor Cempedak sambil layan bunyi kapal terbang dari airport, pemandangan kampung dan macam-macam lagi. 3) Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau Sumber: naturallylangkawi.my Dengan wang sebanyak RM550, korang boleh sewa satu helicopter selama 5 minit dan melihat panorama dari udara. Satu helicopter boleh muat 4 orang, 1 pilot dan 3 orang passengers.
Comments
Post a Comment