Posts

Peta Tempat

Image
Pulau Langkawi Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman , Malaysia . Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia . Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : Guna Tourism Enterprise Alamat Syarikat : No 36 , Jalan Mahang , Pulau Langkawi No Tel : 019 - 5246372 Email : gunatourism@gmail.com

Makanan

Image
1. Laksa Power ( Jalan dari Airport Langkawi ke Pantai Cenang Langkawi ) Lokasinya amat strategik kerana terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke pantai Cenang Langkawi. Laksa power ni memang power habis dan sangat sedap. Memang kami rekomen pada anda yang mahukan makanan asli Langkawi. Selain laksa, disini juga ada jual cendol, bihun sup, rojak petis, rojak singapura dan juga air minuman. Harganya amat berpatutan dari RM3 ke atas. Sumber: naturallylangkawi.my  Laksa Power Langkawi Sumber: naturallylangkawi.my Laksa Power Langkawi. 5 Bintang. Laksa paling sedap yang kami pernah makan. WAJIB CUBA 2. Restoran Haji Ramli, Langkawi Restoran Haji Ramli dibuka dari petang hingga tengah malam. Terletak di bahu jalan pantai Cenang Langkawi, restoran ini menyediakan menu seafood dan masakan ala Thai yang best dan harganya murah. Kami cadangkan anda cuba ikan bakar di restoran ini kerana rasanya memang lain dari yang lain mungkin kerana perapan ikan bakar tu...

Aktiviti aktiviti menarik

Image
1) Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi Sumber: naturallylangkawi.my Rugi hang pa tak cuba parasailing kat sini. Ada dua lokasi, satu di Pantai Cenang, satu lagi di Pantai Tanjung Rhu. Tapi nak view lagi cantik, pergilah parasailing di Pantai Tanjung Rhu. 2) Berbasikal ‘tua’ di sekitar Padang Matsirat Sumber: naturallylangkawi.my Feeling-feeling hidup di zaman dulu-dulu dengan sewa basikal tua di Kampung Bohor Cempedak sambil layan bunyi kapal terbang dari airport, pemandangan kampung dan macam-macam lagi. 3) Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau Sumber: naturallylangkawi.my Dengan wang sebanyak RM550, korang boleh sewa satu helicopter selama 5 minit dan melihat panorama dari udara. Satu helicopter boleh muat 4 orang, 1 pilot dan 3 orang passengers.